Jumaat, 23 Julai 2010

12 HARI / 9 MALAM PAKEJ UMRAH / KAHERAH PENERBANGAN SAUDIA

(Berlepas pada hari Sabtu)

HARI 01 - KUALA LUMPUR/ JEDDAH
Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abd. Aziz, Terminal 1 Subang ke Jeddah dengan penerbangan Saudia jam 5.30 petang.
HARI 02 - JEDDAH/MADINAH
Setibanya di Jeddah, anda disambut oleh wakil ITT dan anda dapat berehat sebelum urusan penerbangan sambungan ke Madinah.Di Madinah, anda disambut dan dibawa ke hotel.Selepas berehat anda di bawa menziarahi Makam Rasullah S.A.W.
HARI 03 - MADINAH
Melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah Seperti di perkuburan Baqi, masjid Quba,Jabal Nur, Masjid Qiblatin, Masjid tujuh dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli belah.
HARI 04 - MADINAH / JEDDAH/MAKKAH
Selepas Tawaf Selamat Tinggal, anda memakai ihram dan di bawa ke Lapangan Terbang Madinah untuk berangkat ke Jeddah dengan penerbangan Saudia. Setibanya di Jeddah,anda disambut dan dibawa ke Makkah denga kenderaan yang berhawa dingin untuk mengerjakan Umrah.
Hari 05 - MAKKAH
Anda dibawa melawat tempat- tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah,Mina dan akhir sekali ke Tanaim sebelum kembali ke Makkah. Di Tanaim, anda boleh berniat Umrah jika ingin mengerjakan Umrah lagi.
Hari 06 hingga 07 - MAKKAH
Acara bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat Umrah atau urusan peribadi.(Hari 06 hingga 07, acara bebas di Makkah).
Hari 08 - MAKKAH/JEDDAH/ KAHERAH
Selepas mengerjakan tawaf Selamat Tinggal, anda berangkat ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kaherah.Wakil kami akan menyambut ketibaan anda dan akan dibawa ke hotel untuk berehat.
Hari 09 - KAHERAH
Anda dibawa melawat Memphis dan Saqqara.Selepas makan tengah hari, anda dibawa ke Piramid,Spinx dan seterusnya ke Khan Khalliti , sebuah pusat membeli- belah.
Hari 10 - KAHERAH
Melawat Muzium Mesir, selepas makan tengahari, anda dibawa melawat ke Citadale, Masjid Muhammad Ali, Masjid Al- Azhar dan Masjid Al- Housin.
Hari 11 - KAHERAH/JEDDAH/ KUALA LUMPUR
Berlepas dari Kaherah ke Kuala Lumpur melalui Jeddah.
Hari ke 12 - KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang.


PERHATIAN : Jadual /Aturcara tertakluk kepada perubahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan